Tayangan video KDB & Advokasi
20 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 19 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak dan advokasi yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 23 tahun.
Peserta diterangkan dengan apa yang berlaku dalam video tersebut dan langkah-langkah berjaga yang patut diambil untuk mengelak jenayah siber. Perbincangan turut dilakukan supaya peserta menjadi pengguna internet yang bijak dan tidak mudah tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan. Peserta disarankan untuk mengambil pengajaran dari video – video Klik dengan Bijak supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber.
Peserta dinasihati supaya tidak menjawab mana-mana panggilan dari nombor yang tidak dikenali, tidak membalas mana-mana mesej yang mencurigakan dan tidak menekan mana-mana pautan yang ditawarkan walaupun nampak menarik untuk mengelakkan diri dari penipuan internet atau penipuan perbankan. Mereka dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi dengan mudah kepada sesiapa sahaja kerana takut kecurian identiti berlaku.
Kesimpulannya, peserta menjadi lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Mereka dapat menjadi seorang pengguna internet yang bijak dengan kuasa yang ada pada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: